Tak Nak Pening Hadap ‘Jammed’, Ini 16 Info Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Ke Cameron Highland

4379

Boleh dikatakan semua orang suka ke Cameron Highland, mana taknya kalau suasana dan udara sejuk tersebut seakan-akan berada di luar negara.

Tetapi kalau sebut je nak pergi waktu hujung minggu memang ramai yang tolak, katanya tak nak hadap sesak. Namun, selepas korang lihat tips menarik daripada Basron Nizam ni, confirm korang tak kisah kalau pergi waktu mana pun.

Tips Nak Ke Cameron Highland ini untuk orang yang datang dari seluruh Malaysia.

1. Laluan

Bagi mereka yang datang dari selatan, boleh ikut Tapah. Manakala bagi yang datang sebelah utara boleh ikut Simpang Pulai. Manakala untuk laluan pantai timur pula, boleh melalui Kuala Berang- Felda Aring – Gua Musang ataupun Raub- Sungai Koyan.

2. Kena bertolak awal

Bertolak Awal Lambat Confem Jem. Mudah-mudahan perjalanan kita semua, pergi dan balik selamat sampai.

3. Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik Cameron Highland

Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)

Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari² dibuka untuk cuti sekolah)

Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa..?

Harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
Sukar untuk dapat parking kereta.

Kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
Kurang privasi

5. Dekat mana nak dapatkan ‘buah tangan’ dari Cameron Highland

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada papan tanda S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain. Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

6. Tempat makan nasi berlauk

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

7. Hotel Murah

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

8. Ladang teh

1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas. ( Mossy Forest )

4. Boh Tea Garden

Masuk Percuma
Buka 9.00am- 4.30pm
Nikmati tea, cake dll desert
9. Tempat menarik yang percuma

YZ Agro Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6 ptg)
Cactus point (9 pagi – 6 ptg)
Big Red Strawberry Farm (8 pagi – 6 ptg)

Ladang Lebah (8 pagi – 7 mlm)
Ladang Anggur Bertam Valley (9 pagi – 5 ptg)
Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Kea Farm (8.30 pagi – 6 ptg)

10. Tempat menarik yang berbayar

Taman Agroteknologi MARDI (8.45 pagi – 5 ptg)
Dewasa RM5, Kids RM3
Lavender Garden (9 pagi – 6 ptg)
Dewasa RM10, Kids RM7
Butterfly Garden (9 pagi – 6 ptg)
Dewasa RM7, Kids RM5
Orkid and Rose Garden (9 pagi – 6 ptg)
Dewasa RM8, Kids RM6

11. Makanan yang wajib cuba

Aiskrim Malaysia Strawberry
Aiskrim Strawberry
Scone
Strawberry coklat
Nasi Lemak Sambal strawberry
Sayuran goreng
Steamboat cheese highlands
Jagung mutiara rebus
Ubi rebus

12. Ole-ole wajib beli

Strawberry
Jambu epal (merah dan hijau)
Sayuran segar (10 sayur RM10)
Buah-buahan Kering
Coklat buah-buahan
Kordial buah-buahan
**Extra info Suhu di Cameron Highlands.

Pagi – 17*C
Siang – 24-26*C
Malam – 18*C

13. Tempat steamboat ‘best’

Highland steamboat cheese (5 p.m. – 12 a.m.)
Dewasa-RM 35
Kanak-kanak- RM 20
The Stone Valley Steamboat (5 p.m. – 12 a.m.)
Dewasa – RM 35
Kanak-kanak – RM 18
14. Bengkel

1. Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888

2. Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)

3. Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)

4. Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-651100

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here