“Please Adopt Me”, Seolah-olah Sedang Merayu, Kucing Tidak Berumah & Tidak Bertuan Ini Harap Ada Yang Sudi Membelanya

3329

“Rumah? Kami tiada rumah. Hidup kami hanya di jalanan, makan kami tak menentu. Kami tahu, kami hanya kucing buangan.

“Apalah nasib kami…Kalaulah ada tempat tinggal…”

Andai kata kucing jalanan tidak berumah dan tidak bertuan bisa berbicara, mungkin kalimat-kalimat di ataslah yang diluahkan. Malangnya, apa yang didengari di telinga kita, cuma ‘meow, meow, meow’ sahaja.

Takde siapa mahu dilahirkan dalam serba kekurangan, samalah seperti kucing. Ia tak minta dihadirkan di dunia sebagai kucing kurap dan jalanan mungkin sebagai manusia tak salah jika kita memberi sedikit kepada yang memerlukan.

Ada yang dibuang oleh tuan terdahulu, ada juga anak kucing yang tak bernasib baik sejak lahir lagi dari perut ibu yang sudah lama tidak bertuan.

Kadang-kadang ditemui di tepi jalan, nasib malang ada yang mati digilis. Datang menagih makanan di kedai, untung badan dapatlah merasa sedikit sisa, itu pun kalau tak ditendang dari awal.

Kucing-kucing jalanan ini biasa ditemui merayau di kaki lima-kaki lima kedai, adakalanya dalam keadaan menyedihkan. Luka, berkurap atau pun berkutu.

Sudahlah tidak berumah, badannya pula menjadi ‘singgahsana’ makhluk parasit. Malah, hayat kucing jalanan ini pun biasanya tidak lama, disebabkan banyak getir yang perlu ditempuhi untuk meneruskan hidup.

Orang cakap bela kucing murah rezeki dan manusia mudah jatuh sayang pada kita. Kadang-kadang betul juga apa cakap orang, logiknya, jika kita buat baik dengan binatang, binatang ini akan berdoa kepada Allah supaya memberikan kebaikan kepada kita.

Jadi dengan adanya kempen dianjurkan oleh Royal Canin ini, semoga nasib kucing-kucing tidak bertuan dan tidak berumah di luar sana semakin terbela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here