Jangan Buang Gel Pewangi Yang Dah Kering, Ini Cara Nak Buat Gel Kembali ‘Kembang’ Dan Tahan Lama!

4870

Bila rumah dalam keadaan yang bersih dan nyaman ia sangat mempengaruhi emosi seseorang. Mana taknya rumah adalah tempat yang paling ‘selesa’ untuk berehat daripada melakukan aktiviti harian.

Namun, walaupun rumah bersih tetapi mesti ada bau-bau yang tidak enak seperti bau masakan, bau karpet yang basah dan hapak kan. Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan meletakkan gel pewangi di rumah untuk mengelakkan daripada bau yang tidak best.

Tetapi ada pula masalah apabila kebanyakan pewangi tidak tahan lama. Jangan risau hari ini SK ingin kongsikan tips menarik daripada laman Facebook milik Aina Soudi tentang cara mudah untuk jimat selepas gel pewangi rumah sudah kering.

Jom ramai-ramai cuba tips menarik ini, bukan sahaja dapat mengekalkan bau wangi yang lama bahkan dapat juga menjimatkan wang lagi-lagi musim Covid-19 ini.

Selalu bila gel ni dah kering mengecut kita terus buangkan. Satu tips Yong nak share, bila kering rendam gel dalam air semalaman, taraaa esoknya akan kembang balik and wangi tu still elok ya.

1st yang jenis Ocean dah mengecut

Katanya, dia telah mencuba 2 jenis bau pewangi iaitu ocean dan freshness yang saya rendam. Namun ramai yang keliru sebab dia terlupa untul ambil gambar sebelum, jadi pembaca boleh tengok dan baca kapsyen pada semua gambar.

Taraa yang 1st dah mengembang dengan jayanya…

2nd Freshness. Terlupa nak ambik gambar masa kecut.

P/S: sekali saja rendaman lepas tu bila dah kecut boleh letgo…

Sumber: Aina Soaudi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here