Pelajar Malaysia Di Manchester Kritikal, Terlibat Kemalangan Basikal Dengan Bas!

1923

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Manchester, England, dikenali sebagai Nur Izzah Mohd Shokri, telah terlibat dengan satu kemalangan di Wilmslow Road, Rusholme. Lapor Manchester Evening News, mangsa ketika itu sedang menunggang basikal sebelum bertembung dengan sebuah bas.

Kecederaan parah

Mangsa yang berusia 20 tahun, dilaporkan kritikal akibat mengalami kecederaaan parah di bahagian kepala, dan dadanya tertusuk akibat kemalangan itu. Dia kini, sedang mendapat rawatan di Salforfd Royal Hospital.

Kejadian tersebut berlaku 28 Disember yang lalu, kira-kira jam 4.25 petang waktu tempatan, mangsa ketika itu, sedang menunggang sebuah basikal sebelum dihentam dengan sebuah bas. Pihak polis ketika dihubungi, mengesahkan berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan basikal.

Keadaan terkini

Menurut sumber, mangsa kini, berada dalam keadaan yang stabil. Dilaporkan, tiada sebarang pembedahan yang dilakukan berikutan keadaan mangsa yang masih dalam koma. Kini, pihak hospital masih menunggu tindak balas daripada badannya untuk rawatan selanjutnya.

Adakan solat hajat

Menerusi tweet yang dikirim oleh seorang pengguna dikenali sebagai Angin Kencang, meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan supaya mangsa kembali sembuh seperti sedia kala. Perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan luahan warganet yang turut bersimpati dengan apa yang telah menimpa mangsa.

Sumber: Manchester Evening News & Angin Kencang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here