‘Apabila Seseorang Itu Ambil Selain Sunnah, Maka Binasalah Dirinya’ – Pu Riz

1757

Sebelum ini kemelut hubungan antara pendakwah selebriti dan usahawan terkenal PU Harris dan Neelofa mendapat perhatian media dan netizen. Malahan, Neelofa tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menepis segala dakwaan yang dituju kepadanya. Namun, sebelum ini PU Riz sempat memuat naik satu Instastory yang seolah-olah ditujukan kepada Neelofa.

Terbaru, PU Riz sekali lagi memuat naik satu tweet di platform Instagramnya.

Tak selalunya kuat

Menerusi tweet tersebut, beliau menceritakan tentang hadis Nabi Muhammad S.A.W. setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Kita sebagai hambaNya perlu kuat dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi yang sepatutnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Tambahan pula, status tersebut seolah-olah memberi ‘gambaran’ dia harus kuat berdepan dengan ujian yang dihadapinya sekarang.

Terdahulu, pelbagai dakwaan yang menyatakan hubungan PU Riz dan Neelofa sedang bergolak. Namun, Neelofa hanya ‘berdiam’ diri bila disoal mengenai hubungannya dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber: PU Riz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here