Penguasaan bercakap dalam bahasa ketiga sememangnya boleh membantu seseorang untuk menghadapi situasi yang tidak terjangka terutama apabila berada di negara asing.
Sama dengan video yang tular ini yang menyaksikan seorang pelajar dari Malaysia yang ‘berdebat’ dengan seorang warga Arab di dalam kereta api.
Melalui video yang dimuatnaik oleh Aisyah di laman Twitter, rakannya yang bernama Hidayah mencuri tumpuan apabila kelihatan bertegas dengan pendiriannya.
Menurut Aisyah, ‘perdebatan’ itu berlaku setelah mereka tersilap membeli tiket kereta api yang menuju ke Kaherah. Mereka tidak tahu bahawa tiket yang dibeli lebih murah dari harga sebenar.
kitorang berdua tersalah naik train dari alex nak balik cairo. Lepastu kena marah dengan ammu time dia check ticket. Apa lagii, marah la dia balik ! 🤣🤣🤣
cer tengok sampai habis ;
أنا عندي فلوس كتير باقة مش عايزة حاجة يعني pic.twitter.com/jccxfQXKlY
— HRY (@snanaaaaa) December 14, 2020
Ketika lelaki itu menyemak tiket tersebut, dia mula mempersoalkan dan meminta mereka berdua untuk turun namun Hidayah berani untuk menjelaskan situasi mereka.
Tapi jangan bimbang, tiada sebarang pergaduhan besar, ia hanya ‘perdebatan’ yang diakhiri dengan ketawa kecil dari mereka semua.
Menjengah ke ruangan komen, warganet nyata kagum dengan kefasihan Hidayah bercakap dalam bahasa Arab.
Sumber: snanaaaaa