Pahang Dan Johor Dalam Status Amaran Cuaca Bahaya, Hujan Lebat Dijangka Di Beberapa Negeri Hingga 5 Januari!

822

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya di Pahang dan Johor sebentar tadi.

Dalam kenyataan itu, kawasan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing (Johor) dijangka menerima hujan sangat lebat secara berterusan sehingga esok.

Sementara itu, Kemaman (Terengganu), Raub, Bentong, Bera (Pahang) serta Segamat dan Kluang (Johor) diramalkan bakal menerima hujan lebat berterusan sehingga 5 Januari akan datang.

Negeri-negeri lain yang menerima amaran cuaca waspada di mana hujan lebat dijangka berlaku sehingga 5 Januari ialah Kelantan, beberapa daerah di Terengganu dan Pahang.

Selain itu, beberapa daerah di Perak, Selangor, Johor dan Sabah dijangka bakal menerima hujan lebat sehingga esok (4 Januari).

Sumber: MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here