“Tuanku risau sangat, keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan.” – Ebit Lew

1309

Banjir yang melanda Pahang sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku setakat ini. Beberapa kawasan telah ditenggelami air sehingga ada melepasi paras bumbung rumah.

Disebabkan itu, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah datang menghulurkan bantuan buat warga Pahang sejak beberapa hari lepas.

Sama2 hulur bantuan

Selain beliau, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Shah juga turut mencemar duli melawat kawasan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Ebit Lew telah memuat naik gambar-gambar ketika bertemu Pemangku Raja Pahang itu yang ternyata sangat khuatir dengan keadaan banjir yang melanda ketika ini.

Berbincang tentang Pahang hingga tengah malam

Menurut pendakwah itu lagi, Tengku Hassanal sanggup keluar awal pagi sehingga larut malam dengan membawa setiap hari RM500,000 untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Baginda begitu bersungguh menghulurkan bantuan tanpa mengira penat demi memastikan semua rakyat selamat. Tengku Hassanal dan Ustaz Ebit juga sempat berbincang berkenaan keadaan orang-orang Pahang ketika ini sehingga larut malam.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga berasa kagum dan malu dengan KDYMM Tengku Hassanal kerana layanan yang begitu baik diterima walaupun baginda dalam keadaan letih selepas melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari.

Sehubungan dengan itu, pendakwah tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Tengku Hassanal dan berdoa supaya negeri Pahang dan seluruh Malaysia terhindar dari banjir besar seperti ini.

Sumber: Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here