[VIDEO] Kedai Banjir Pun Tebar Roti Canai…

498

Musibah banjir yang berlaku di beberapa buah negeri memberikan kesan yang amat mendalam terutamnya kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Hal ini disebabkan, keadaan rumah mereka yang dinaiki air dan mereka tidak dapat kembali bekerja seperti biasa. Walaupun musibah itu berlaku, itu tidak mematahkan ‘semangat’ peniaga kedai roti canai yang tetap beroperasi seperti biasa.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai MighaPiljah di laman Twitternya.

Tetap berniaga

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, menunjukkan sebuah kedai yang dipercayai beroperasi sewaktu pagi kerana menyediakan roti canai sebagai menu utama. Dapat dilihat, lelaki itu ‘asyik’ menebar dan membakar roti canai walaupun kawasan tersebut banjir.

Tambahan pula, paras air ketika itu mencecah di paras betis, dan kelihatan beberapa orang rider penghantar makanan sedang menunggu di luar kedai. Ketika kejadian, tiada sebarang pelanggan kelihatan di dalam kedai tersebut. Namun, lokasi kedai tersebut tidak dapat dikenal pasti, tetapi dari segi ‘loghat’ yang digunakan seolah-olah kedai tersebut terletak di Kelantan.

Kesian diorang

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib peniaga ini yang ‘terpaksa’ berniaga walaupun sedang diuji dengan keadaan yang banjir demi mencari rezeki yang halal.

Sempat berjenaka

Tidak berakhir di situ, warganet sempat juga membuat ‘jenaka’ berdasarkan situasi yang berlaku ketika itu.

Sumber: MighaPiljah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here