Berniaga Di Lampu Isyarat Boleh Datangkan Bahaya, Polis Taiping Keluarkan 4 Saman Selepas Beri Nasihat Berberapa Kali

961

Polis mengeluarkan empat saman terhadap individu yang berniaga di lampu isyarat dalam Ops Penjaja Jalanan di Taiping, kelmarin.

Operasi tersebut diketuai oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping, ASP Ng Wei Boon bersama Pegawai Kanan dan tiga Pegawai Rendah Polis.

Hasil operasi yang dijalankan, empat saman (Pol 257) di atas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dikeluarkan setelah polis menasihatkan peniaga terbabit beberapa kali sebelum ini.

Pihak polis berkata, peniaga dinasihatkan agar menjalankan perniagaan mereka di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan kanopi. Perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang oleh mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas yang lain.

Berikut kenyataan penuh dari Polis Taiping.

OPS PENJAJA JALANAN

Taiping – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops Penjaja Jalanan di sekitar pentadbiran IPD Taiping pada 5/1/2021 di ketuai oleh ASP Ng Wei Boon, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping, bersama Pegawai Kanan dan 3 Pegawai Rendah Polis. Hasil ops yang dijalankan telah mengeluarkan 4 keping saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini. Pihak Polis juga turut menasihati agar berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan canopy. Perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.

Sumber: Polis Daerah Taiping

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here