(Video) Hidayah Milik Allah, Pemuda Cacah Tatu Seawal Usia 12 Tahun Kini Jadi Bilal Di Masjid

1594

Hidayah milik Allah dan Dia akan memberika kepada setiap hamba yang dikehendaki-Nya tanpa mengira sesiapa pun.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda yang dahulunya hidup menyimpang daripada ajaran Islam, dipenuhi tatu di seluruh badan tetapi kini berubah setelah mendapat hidayah Allah.

Memetik laporan Tribun News, kisah penghijrahan pemuda tersebut dimuatnaik oleh seorang individu di media sosial, Tiktok, dengan akaun terdalam.

Ianya kemudian menjadi tular sejak Khamis sehingga mendapat 6.2 juta tontonan oleh warganet di TikTok.

Menerusi video berkenaan, pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu dilihat tampil memakai jubah putih dilengkapi serban di kepala sambil menunjukkan lukisan tatu yang penuh di seluruh muka dan tangannya.

Dia yang kini menghabiskan banyak waktunya di masjid menjadi seorang bilal, menceritakan bahawa dia pernah melarikan diri dari sekolah berasrama dan rumah ibu bapanya.

Semua dilakukan kerana usia mudanya yang ingin hidup di jalanan ketika berusia 12 tahun.

Sewaktu hidup di jalanan itulah dia mencacah tatu di wajahnya buat pertama kali dan seterusnya di belakang tubuh serta di bahagian tangan.

Namun, ketika usianya menginjak 20 tahun, pemuda tersebut akhirnya kembali menemui keluarganya kerana dia ingin berubah ker arah lebih baik.

”Tiada yang memaksa, saya sendiri yang buat keputusan untuk berhijrah, saya beritahu pak cik saya, saya nak berhijarah dan menghilangkan cinta pada dunia,” katanya.

Sumber: Tribun News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here