PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Dari 13 Jan Hingga 26 Jan – PM

871

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu  Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here