Dalam Kereta Nak Pergi Kerja, Pagi-Pagi Tunang ‘WhatsApp’ Beritahu Lepas Zohor Kita Nikah

1094

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitulah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap pasangan. Dia telah merancang dengan sebaik-baiknya jalan hidup kita, walau kadang-kala ‘kejutan’ datang dengan tidak terduga.

Begitulah yang berlaku kepada pasangan ini yang selamat disatukan pada Selasa (12 Januari), hari terakhir sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua pada Rabu kelmarin.

Perkongsian yang dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Amirah di laman Twitter itu menjadi tular sehingga mendapat 56.2k tanda suka dan 34.5k ulang kicau oleh warganet selepas sehari dimuatnaik.

‘Craziest decision ever’

Patut ke kita nikah hari ni?

Terpaksa ambil EL, pakai jubah lama dan makeup sendiri

Menurut Amirah, dia hanya sekadar bertanya kepada pasangannya pada hari berkenaan untuk berkahwin sebelum PKP. Mereka sebelum itu telah dijadualkan untuk bernikah pada 6 Februari depan.

Namun, dari ‘saja-saja’ bertanya, tunangnya memberitahu bahawa mereka boleh bernikah selepas Zohor pada hari itu kerana terdapat slot kosong di masjid.

Dia yang bersiap untuk ke tempat kerja hanya mempunyai masa empat jam untuk memberitahu ahli keluarga dan mencari baju untuk dipakai oleh mereka.

Kata Amirah, kawannya turut mengambil EL dan membantu menggubah dulang cincin pada hari kejadian.

Kawan tolong gubah dulang cincin ‘last minute’

Dalam kereta nak pergi kerja tunang tanya..

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut terharu dengan jodoh mereka dan mengucapkan tahniah kepada pasangan kami. Moga berkekalan hendak-Nya. Amin!

Sumber: Twitter @amrhoth

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here