‘Jenama Harimau Menangis Belum Diluluskan..’ – Ibu Neelofa Diminta Tidak Dahului Keputusan MyIPO

749

Semalam, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa sudah mendaftarkan dan mempunyai hak ekslusif ke atas cap dagangan Harimau Menangis. Susulan daripada itu, ramai netizen seakan tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Terbaru, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu yang viral ini.

Permohonan belum lulus

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) memaklumkan pihak mereka sudah pun menerima permohonan daripada Noor Kartini pada November lalu untuk mendaftarkan cap dangan ‘Harimau Menangis’ sebagai hak ekslusif.

Menurut Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin, meskipun begitu, permohonan tersebut masih dalam peringkat pemeriksaan dan belum lagi diluluskan.

Jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak ekslusif beliau.

Menurut sumber, MyIPO akan memproses permohonan dan sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Oleh hal yang demikian, ibu kepada usahawan terkenal ini diminta supaya tidak mendahului keputusan MyIPO.

Kenyataan Media

Sumber: Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here