(Video) Niat Nak Tolong Basuh Berus “Make Up” Berharga Lebih RM 2k Milik Isteri Bertukar Jadi Mimpi Ngeri, Netizen Hanya Mampu ‘Bersimpati’ Dengan Lelaki Ini!

2582

Seorang lelaki menjadi viral di TikTok setelah rakaman videonya memaparkan niat baik dirinya sebagai suami untuk membantu membasuh berus solekan isterinya. Namun, segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirinya tidak sengaja merosakkan berus tersebut yang dianggarkan melebihi RM2000.

Menurut laporan, isterinya kerap mengeluh tentang mencuci koleksi berus solekannya yang banyak. Oleh sebab itu, Kevin memutuskan untuk mencucinya dengan memasukkan kesemua berus solekan itu ke dalam mesin membasuh pinggan. Tanpa sedar bahawa dirinya telah melakukan kesalahan yang besar.

Berikutan itu, bulu berus solekan tersebut tertanggal dan secara keseluruhanya telah rosak akibat teknik pencucian yang salah.

“Pengguna TikTok, tolong! Saya memerlukan pertolongan anda! Bagaimana saya hendak betulkan kesilapan ini?,” tulisnya.

Melihat video rakaman tersebut, para netizen berasa simpati dengan nasib yang menimpa Kevin dan kebanyakkan daripada mereka menjelaskan bahawa berus solekan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir netizen yang memaklumkan bahawa berus solekan isterinya itu adalah barangan berjenama terkenal dan berkemungkinan harganya antara $300 (RM 1,215) hingga $600 (RM 2,431).

Sumber: Mirror UK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here