Ibu-ibu Boleh Cuba, Akak Ni Kongsi Resipi Mudah Ayam Panggang, “Confirm” Sedap

1756

Ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin ada yang ‘teringin’ nak makan ayam panggang kat restoran kan?

Tapi nak keluar rumah, tak boleh pula. Nak makan kat restoran apatah lagi. Agak susah nak ‘lepaskan’ gian tekak sekarang.

Jadi pilihan terbaik adalah memasak di rumah sahaja. Boleh makan dengan tenang bersama anak-anak.

Justeru, seorang warga Twitter @bellaTutulip ada berkongsi resipi ayam panggang. Apa kata jom kita cuba sekarang.

Berikut di bawah adalah bahan-bahan diperlukan untuk dikisar.

First sekali blend bahan ni : (bahan kisar untuk 1kg ayam)

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr / maggi
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper
Sunquick 1 sudu makan
garam 1 sudu teh
gula 1 sudu makan
air 100ml

Lepastu sediakan bahan perap,

Bahan Perap:
2 sudu madu (optional)
3 sudu minyak zaitun
1sudu besar mixed herbs
1 sudu besar parsley

Lepastu campur bahan kisar and bahan perap

Lepastu gaul rata @ lumur rata atas ayam, selit jugak dekat dalam ayam tu bagi rasa and perap 2 jam tapi i perap 30 minit je sebab lapar sangat. I buat dua ketul ayam so bahan kisar and bahan perap i buat double ya.

Lepastu letak dalam oven, kalau oven kecil buat suhu 180-200 celcius. Api atas bawah. Bakar around 1h or 1h1/2m, then lepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit so tu ayam tak kering.

Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

Lepastu siap boleh melantak makan dengan family sambil layan netflix hehehe ok done!

Sumber: Twitter @bellaTutulip

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here