Gurun Sahara Dilapor Diliputi Salji, Suhu Di Arab Saudi Menjunam Sehingga -2C!

930

Walaupun kebanyakan kawasan di muka bumi ini kebiasaannya akan dilitupi dengan salji dan ais pada bulan Januari, padang pasir di Afrika dan Timur Tengah bukanlah salah satu kawasan yang tergolong daripadanya.

Menurut Daily Mail, bulan ini telah menyaksikan gurun Sahara dilitupi salji dan suhu di Arab Saudi menjunam sehingga mencecah ke paras -2C (28F).

Seorang jurugambar telah menangkap gambar ais yang melitupi padang pasir di Sahara ketika suhu menjunam ke parah bawah tahap beku.

Sementara itu di Arab Saudi pula, penduduk tempatan dan orang asing berpusu-pusu ke padang pasir di wilayah Aseer untuk menikmati pemandangan yang jarang berlaku itu, lapor Geo TV.

Gambar menakjubkan yang ditangkap oleh seorang jurugambar bernama Karim Bouchetata memaparkan sebuah bandar gurun kecil yang terletak di Ain Sefra, Algeria.

Kambing biri-biri dapat dilihat berdiri di atas bukit yang dilitupi ais ketika suhu menjunam sehingga -3C (26.6F) pada Rabu.

Ain Sefra, yang dikenali sebagai The Gateway to the Desert, berada sekitar 1,000 meter (3.280 kaki) di atas permukaan laut dan dikelilingi oleh Atlas Mountains.

Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan telah mengalami perubahan suhu serta kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun yang lalu.

Walaupun ia sangat kering pada hari ini, padang pasir ini dijangka akan menjadi hijau kembali sekitar 15,000 tahun akan datang.

Sumber: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here