“Berhenti Sebar Benda Tidak Benar..” – KP Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Sebab Penat, Dan Jangkitan Covid-19!

969

Sayu, di kala orang ramai memikirkan hidup masing-masing, petugas barisan hadapan terpaksa meletakkan kepentingan awam melebihi dirinya.

Kini, salah seorang wira kita sudah pergi bertemu Ilahi. Doktor Ali Noor Hassan yang dilapor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu. Berita ini turut disahkan isterinya di laman Facebook pada hari yang sama.

Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di…

Berita duka itu turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan di Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook mereka.

Menurut SPJM, allahyarham Dr Ali telah menyertai badan itu sejak tahun 2018 dan merupakan salah seorang ahli yang aktif.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada hari Jumaat lepas.”

Susulan itu, orang ramai tidak kira kaum dan agama menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Dalam kenyataan terkini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dilaporkan menafikan berita tular yang mendakwa Allahyarham meninggal dunia akibat kepenatan.

Perkara itu dikongsikan oleh laman berita tempatan, Bernama di laman Twitter milik mereka.

Dr Noor Hisham Abdullah juga menitipkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau. Tambahnya lagi, Dr Ali pernah dimasukkan ke HKL sejak Dis 2020 disebabkan penyakit lain dan menjalani beberapa sesi rawatan.

Marilah kita mendoakan agar amalan dan kepenatan Allahyarham diterima dan dibalas syurga di sana kelak.

Sumber: Alinoor Hassan, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here