Saman Ayah RM800k Berkaitan Tanah Pusaka, Anak Meninggal Sakit Jantung Sehari Sebelum Perbicaraan

4584

Siapa sangka disebabkan harta pusaka, seorang anak sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri. Kejadian tersebut berlaku di Cinambo, Bandung, Indonesia.

Difahamkan si bapa telah disaman sebanyak tiga billion rupiah kira-kira (RM864,000).

Bekerja sebagai peguam

Menerusi laporan Regional Kompas Koswara, 85, telah disaman oleh anak ketiganya yang dikenali sebagai Masitoh. Difahamkan, Masitoh yang berkhidmat sebagai peguam telah mengemukakan saman bersama abangnya terhadap harta peninggalan bapanya.

Namun, Masitoh dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sesi prosiding berlangsung di Mahkamah Daerah Khas Bandung. Menerusi laporan dikeluarkan oleh pihak hospital, Masitoh meninggal dunia berikutan serangan jantung dan telah dikebumikan pada tarikh yang sama bagi perbicaraan kes samannya di mahkamah.

Saman yang dikeluarkan itu melibatkan harta warisan seluas 0.3 hektar yang merupakan milik Koswara.

Tidak tahu anak meninggal dunia

Koswara mempunyai seramai enam orang anak iaitu Imas, Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah, dan Muchta. Berita kematian mengenai Masitoh hanya diketahui oleh Koswara, selepas diberitahu oleh pihak mahkamah apabila sesi perbicaraan tersebut terpaksa dihentikan.

Walaupun, diperlakukan sedemikan oleh anaknya, Koswara tetap menziarahi kubur anaknya sebagai penghormatan yang terakhir. Menurut Peguam Masitoh, Komar Sarbini, saman itu telah dikemukakan berikutan Hamidah dan Koswara telah didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.

Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah.

Terdahulu, Koswara diwakili sebanyak 20 peguam yang tampil ingin memberi bantuan kepadanya tanpa sebarang caj perkhidmatan guaman.

Kerana ia melibatkan aspek kemanusiaan yang harus kami pertahankan. Semuanya percuma anda tidak perlu bayar.

Sumber: Regional Kompas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here