“Tu Suara Isteri Kau Nangis!” – Kantoi lagi, Instagram Shuk teruk diserang netizen!

3404

Kontroversi yang melanda Shuk Sahar, 34 sejak pagi tadi sememangnya membuatkan netizen geram susulan beberapa muat naik yang dilakukan oleh isterinya berkenaan kecurangan penyampai radio itu dengan seorang wanita bernama Farah.

Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa turut menyertakan beberapa gambar dan video menunjukkan suaminya memang berada di rumah wanita tersebut dan enggan pulang ke pangkuan keluarga.

Diserang netizen

Susulan daripada itu, Instagram Shuk telah diserang oleh netizen terutamanya di ruangan komen posting terakhirnya yang turut viral kerana mendengar suara wanita menangis ketika dia sedang melakukan live IG bersama peminat.

Bini kau nangis dengan perangai kau tu

Dalam video tersebut, memang kedengaran dengan jelas suara wanita menangis dalam beberapa detik tanpa disedari pelawak terbabit sebelum dimaklumkan oleh netizen.

Melalui komen yang diterima, ramai yang memerli Shuk apabila suara tangisan tersebut mungkin suara isterinya yang sedih mengenangkan perangai suami tercinta bermain kayu tiga dibelakangnya.

Dia bukan isteri je, dia seorang ibu

Patut pun kau dihantui perempuan menangis

Kata-kata cacian yang dilemparkan kepada Shuk itu berikutan tularnya kisah rumah tangga pelawak terbabit selepas kecurangan bersama seorang wanita bernama Farah didedahkan isteri di Instagram.

Tindakan yang dilakukan Seraa itu berlaku selepas berasa sangat sedih dan putus asa apabila rayuannya untuk Shuk kembali kepada keluarga seakan sia-sia apabila Shuk kembali curang dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Sumber: Shuk hotfm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here