COVID-19: Johor Jadi Negeri Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 1,069 Kes, Diikuti Selangor & KL

494

Johor mencatatkan angka kes harian tertinggi hari ini dengan 1,069 kes baharu dilaporkan. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), angka harian tertinggi Johor itu diikuti Selangor dengan 822 kes, Kuala Lumpur 698 kes, Sabah 295 kes dan Perak 181 kes.

Dalam pada itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula didapati meningkat kembali kepada 42,389 kes berbanding semalam iaitu 40,574 kes.

Untuk rekod, kes aktif dalam negara mencatatkan penurunan selama empat hari berturut-turut sejak Sabtu lepas.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here