Hubungan Kembali Pulih, Neelofa & PU Riz akan kongsi tarikh kahwin dalam masa terdekat!

2432

Berita hubungan antara selebriti terkenal, Neelofa, 31 dan Pencetus Ummah Hariz, 26 atau PU Riz sebelum ini pernah dikhabarkan mengalami pergolakkan.

Namun begitu, hubunganan mereka dilihat kembali menyarung pulih apabila selebriti berpurdah itu menyarung semula cincin merisik yang diberi oleh PU Riz semasa majis antara keluarga sekitar November tahun lalu.

Hubungan kembali pulih

Neelofa memaklumkan bahawa mereka sedang memperbaiki hubungan dan dia bersyukur dengan perkara itu.

“Tipulah tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasa benda sama, ada masa, ada salah faham.”

“Kami berdua berjaya mengatas dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif.” Katanya.

Keluarga pun sudah mulai berbaik

Tambah Neelofa lagi, selepas memalui proses berbincang secara baik, masing-masing mulai faham dan hubungan antara ahli keluargan juga sudah semakin baik.

“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih.”
“Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat.” Ujarnya

Akan kongsi dalam masa terdekat

Dalam pada itu, bekas pengacara Meletop terbabit juga turut menjawab berkaitan hari bahagia mereka. Menurut Neelofa, dia dan PU Riz tidak akan berahsia mengenai tarikh perkahwinan dan akan berkongsi perkara-perkara serius ini di kemudian hari.

“untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa yang terdekat. Insya-Allah.” Jelasnya.

Sebelum ini, hubungan antara kedua-duanya dipercayai mengalami masalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik beberapa hint di Instagram masing-masing merujuk kepada hubungan selebriti itu dengan PU Riz.

Perkara tersebut membuatkan Neelofa memuat naik satu video menjelaskan keadaan sebenar dan meminta ruang untuk mereka menyelesaikan segala masalah secara peribadi.

Sumber: Astro Gempak (Zulaikha Yusof)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here