‘Haiwan Pun Tahu Sayang Anak’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir!

3498

Viral di media sosial hari ini, mengenai berita kematian seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya selepas tiga bulan mereka tinggal bersama.

Ekoran daripada berita sedih itu, Facebook ibu kandung Amir iaitu Zuraida Atan, telah diserang oleh netizen. Rata-rata netizen meluahkan perasaan geram terhadap kelakuan wanita tersebut dan suaminya.

Video Perpisahan Keluarga Angkat

Binatang pun tahu sayang anak

Netizen telah menyerang setiap posting dan ruangan komen Zuraida Atan di Facebook, selepas mereka mendapat tahu bahawa akaun media sosial tersebut adalah benar milknya. Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa Zuraida ingin mengambil semula anaknya sedangkan keluarga angkat anaknya itu sangat baik. Malah, netizen turut menyatakan bahawa haiwan pun tahu menyayangi anak apatah lagi manusia.

Kertas siasatan dibuka

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun telah ditahan. Di samping itu juga, kertas siasatan mengenai kes ini bakal dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Zuraida Atan & Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here