Pelajar Ini Kehilangan Ayah Tersayang Ketika Sedang Menduduki SPM!

1310

Pelajar Ini Kehilangan Ayah Tersayang Ketika Sedang Menduduki SPM! Sebak rasanya melihat situasi dihadapi salah seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru saja kehilangan ayahnya.

Begitu berat ujian yang dihadapi oleh pelajar ini sewaktu dia menghadapi peperiksaan dan terima berita sedih itu.

Kehilangan ayah tersayang

Berita sedih itu dikongsikan pengguna Facebook Badariah Mohd Mohaidin dan raih simpati ramai pihak.

Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Iskandar itu merupakan salah seorang calon SPM telah diuji dengan pemergian ayah tersayang pada awal pagi tadi.

Al-fatihah, kuatkan semangat dik! Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM. Anak ini diuji dengan pemergian ayahnya pagi ini. Allahu Akbar. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya rabbal’alamin.

Semoga terus kuat

Sementara itu, di Facebook, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dan mendoakan supaya pelajar berkenaan diberi semangat untuk menghadapi peperiksaan itu.

Sumber: Info Bencana Pahang & Luar Pahang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here