“Hanya Tinggal Dalam Kereta, Kesiannya Pakcik Ni…”

2835

Seorang warga emas yang dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendapat perhatian Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu apabila ditemui tinggal di dalam sebuah kenderaan. Perkara itu dilaporkan penduduk setempat kepada pusat kebajikan bagi meninjau keadaan pakcik berkenaan sekali gus memberi penginapan baharu kepadanya sebelum dihantar ke rumah kebajikan.

Hanya tinggal dalam kereta

Menerusi perkongsian melalui laman Facebook Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato Wira Amiruddin Hamzah berkesempatan meninjau keadaan pakcik berkenaan yang dilaporkan menginap di dalam sebuah kereta di Kampung Jalan Tandop Chegar, Pendang, Kedah.

Difahamkan, pakcik tersebut tiada tempat tinggal atau rumah dan hanya memiliki kereta sahaja untuk berteduh. Sejurus melihat keadaan tersebut, pihak JKM telah memproses permohonan untuk bantuan kewangan bulanan bagi perbelanjaan lelaki itu.

Sementara itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kubang Pasu pula bercadang untuk menyewakan sebuah rumah untuk lelaki ini tinggal sementara waktu bagi proses menghantarnya ke rumah kebajikan.

Sewakan rumah

Difahamkan, lelaki berkenaan telah dihantar ke rumah transit sementara buat tempoh dua minggu. Lelaki itu juga akan tinggal di sebuah rumah sewa untuknya menetap sementara atas bantuan YB Dato Wira Amiruddin Hamzah.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Dun Jitra turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah melaporkan hal ini kepada pihak bertanggungjawab.

Sumber: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here