Cara Mudah Anda Cuba Untuk Simpan Duit!

119

Kita semua tahu, di musim pandemik ni, nak simpan duit tu bukanlah perkara yang mudah. Dengan keadaan ekonomi yang tengah gawat sekarang ni, semua orang memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

Tapi benda tu bukanlah alasan untuk kita tak simpan duit langsung bagi tujuan kecemasan di hari-hari yang akan datang nanti walaupun gaji kita tak besar macam orang lain yang mampu untuk menyimpan.

Kadang-kadang kita ni kais pagi pun makan pagi je. Duit yang ada tu memang cukup-cukup. Tapi cubalah walaupun susah mana pun, untuk simpan duit tu sikit. Bukan untuk siapa-siapa pun, untuk diri kita juga kan.

Macam mana caranya nak menyimpan kalau gaji tak besar ni?

Banyak cara yang kita boleh buat sebenarnya untuk simpan duit ni. Tapi kenalah bagi komitmen untuk menjamin duit yang kita simpan ni, boleh tolong kita pada hari yang kita akan betul-betul memerlukan.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Antara cara-cara yang boleh dicadangkan untuk korang untuk simpan duit adalah, buat jadual. Contohnya dalam seminggu tu, korang target lah sehari korang wajib kena simpan RM1. Kalau simpan dalam setahun dah RM365 dah korang dapat.

Walaupun nilai dia sikit, tapi korang kena ingat, nilai dia akan bertambah kalau korang commit untuk simpan hari-hari.

Kalau korang boleh simpan sehari RM10 lagi baguslah. Tapi semua tu ikut kemampuan korang. Korang kena ingat juga, walaupun nampak macam sikit, tapi lama-lama jadi bukit.

Walau tak banyak, tapi akan nampak hasilnya

Kalau korang nak hasil yang lagi banyak korang juga boleh tambah komitmen korang dengan menyimpan Rm50 pada setiap bulan genap. Untuk RM100 pula korang simpan pada setiap bulan ganjil.

Contohnya untuk bulan Februari korang try simpan Rm50, bulan Mac pula Rm100. Haa, lepas tu korang tukar-tukar je macam tu.

Tapi yang RM1 tu korang wajib simpan sehari RM1. Walaupun tak banyak, tapi setidaknya nampaklah simpanan korang tu nanti.

Lagi satu nak pesan, sebab sekarang kerajaan ada bagi keluarkan duit iSinar daripada KWSP, kalau korang takde keperluan untuk keluarkan duit iSinar tu, baik korang simpan je.

Kelebihan simpan duit untuk hari tua

Yang bagusnya, duit tu korang boleh guna bila korang dah bersara nanti. Senang cerita untuk jangka masa panjang punya simpanan lah.

Yang lagi best, duit yang korang simpan ni terkecuali daripada cukai. Maksudnya, duit korang yang ada dalam EPF ni korang akan dapat bulat-bulat tanpa perlu tolak cukai apa-apa.

Haa, nanti time korang dah bersara nanti, nak pakai duit nak pergi menunaikan haji ke apa ke korang boleh pakai. Time tu duit korang dah jadi bukit dah, nak pergi travel dengan isteri ke nak beli apa-apa yang korang teringin masa muda time tu ke, korang boleh bayar cash terus. Tak perlu nak hutang-hutang atau fikir kerja lebih sikit dah.

Memang korang tak boleh nak merasa duit tu sekarang, tapi bila korang dah bersara nanti korang akan rasa bersyukur dengan duit yang korang simpan tu.

Percayalah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here