Rupanya Nak Siram Pokok Pun Ada Pantang Larang, Patutlah Tanam Tak Menjadi!

114

Ramai yang gemar berkebun. Tetapi tak tahu cara yang betul supaya tanaman kekal subur. Sehubungan itu, ramai menggunakan pelbagai jenis baja komersial atau organik untuk memastikan pokok hidup merimbun.

Selain itu menerusi perkongsian Syamimah Ismail berkongsi cara siraman pada waktu tertentu agar tanaman subur. Nyata waktu menyiram pokok rupanya ada pantang larang!

Ikuti perkongsian beliau.

Selalu dengar org kata, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik utk siram ?

6 – 8 pagi.
Waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.

11 – 3 petang.


Jangan siram waktu ini. Ini adalah waktu kemuncak atau paling panas.

5 – 6 ptg
Boleh siram. Tapi sikit2 sahaja. Sekadar lembap.

6 mlm ke atas.

Jangan siram time. Sebab mlm adalah waktu utk pokok berehat. Lagipun takut tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dlm tanah & merosakkan akar.

Mengetahui waktu siram terbaik sangat penting supaya air di serap sepenuhnya oleh tanaman utk proses fotosintesis.

Sekian. Moga bermanfaat.

Sumber: Syamimah Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here