Ini Kesalahan Cara Guna ‘Air-cond’ Yang Buatkan Bil Melambung Tinggi

1469

Bila cuaca panas, ramai yang memilih untuk menghabiskan masa di rumah sahaja atau tempat yang berhawa dingin. Malah, menerusi satu kajian yang pernah dijalankan, jumlah penggunaan penghawa dingin dikatakan telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun.

Namun, di sebalik penggunaan alat pendingin hawa ini, sedar atau tidak sebenarnya cara yang digunakan oleh anda sebenarnya mungkin salah? Dan kesalahan itu sekaligus menyebabkan bil elektrik anda melambung tinggi.

Seorang individu, Fadlie Idris menerusi Facebook telah berkongsi cara dan penjelasan seperti di bawah mengenai penggunaan penghawa dingin yang betul di rumah. Semoga bermanfaat.

Bab Aircond Ni Memang Ramai Yang Salah Cara Penggunaan.

Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.

Pertama, beli air cond pada HP (Horsepower) yang mencukupi.

Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.

Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

Kedua, gunakan aircond yang ada teknologi inverter.

Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.

Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat.

Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

Ketiga, setkan aircond pada cara yang betul, yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat.

Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu, let say 23 deg C.. kipas set level 2 out of 4.

Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.

Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur.. kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.

So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kmpresor akan kerja lebih.

Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

Keempat, jangan selalu on dan off, ini biasa berlaku bila tidur.

Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Kelima, service air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.
Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun.

Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.

Sumber : Fazlie Idris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here