Dr Zulkifli Beri Amaran Jangan Bergurau Untuk Keluar Islam!

1656

Berikutan kontroversi usahawan kosmetik Sajat yang berhasrat bagi menukar agama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil menggulas mengenai isu tersebut.

Menurut laporan berita AlHijrah, beliau memberi amaran bahawa orang Islam dilarang bergurau dan mempersenda perkataan keluar dari agama Islam kerana ia satu perkara yang serius.

“Bukan saudara Sajat sahaja, tapi kepada semua. Kalimah untuk keluar Islam atau murtad bukanlah satu kalimah yang boleh kita buat gurauan.

“Kita hendaklah merasakan mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan, ikrar yang kita janjikan,” tegasnya.

Tambah beliau, tindakan seperti itu harus dipandang dengan sewajarnya kerana ia merupakan tunjang kepada agama Islam.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman meluahkan kekecewaan terhadap orang sekeliling.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” luahnya.

Sumber: Instagram Dr Zulkifli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here