Adik Mohon Orang Ramai Bantu Cari Abang Hilang Selepas Keluar Nak COD iPhone!

1542

Seorang gadis memohon bantuan orang ramai untuk mencari abangnya yang didakwa telah hilang sejak Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian oleh Myra Sudirman di Instagram, Muhd Amirul Shafiq dikatakan kali terakhir dilihat jam 7.30 malam pada hari kejadian di Plaza 831, Sg Besi Dalam.

”Abang saya telah hilang pada 6/3/2021 pada pukul 7.30 pm, dia seller phone dan dia pergi COD dekat seorang customer di Plaza 831, Sg Besi Dalam.

”Sampai sekarang masih tiada berita, harga barang yang dibawa untuk dia pergi COD ialah iPhone 12 Pro Max sebanyak 3 biji dengan anggaram RM16 ribu dan kami syak dia dipegang oleh seseorang,” tulis Myra.

Tambah gadis itu, mereka sekeluarga telah berusaha mencari di tempat kejadian dan telah menjumpai motosikal abangnya yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

Oleh itu, dia meminta jasa baik orang ramai untuk menyebarkan berita mengenai kehilangan Muhd Amirul Shafiq dengan harapan abangnya dapat kembali dengan selamat ke pangkuan mereka sekeluarga.

Menerusi kemaskini terbaru di ruangan IG Story Myra Sudirman sekitar 30 minit lalu, abangnya masih belum diumpai. Kami doakan semoga Muhd Amirul Shafiq berjaya ditemui dengan selamat.

Sumber: IG myrasudirman_

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here