PKPD Pulau Tioman Mulai Esok Hingga 29 Mac

798

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi kenyataan media yang dikeluarkan memaklumkan bahawa PKPD akan dilaksanakan di Pulau Tioman, daerah Rompin, Pahang selama 14 hari bermula 16 Mac sehingga 29 Mac ini.

PKP di Nabawan, Sabah dilanjut 14 hari lagi bermula 17 Mac hingga 30 Mac 2021

PKPD di Pulau Tioman, daerah Rompin, Pahang bermula 16 Mac hingga 29 Mac 2021

Menurut kenyataan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti tersebut.

“Sehingga 14 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.”

Tambahan lagi, kerajaan bersetuju mengambil inisiatif untuk melaksanakan PKPD selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi serta atas nasihat KKM sendiri.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Tioman, daerah Rompin, Pahang bermula 16 Mac hingga 29 Mac 2021.”

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here