Kedah, Perak Dan Negeri Sembilan Ditukar Status Dari PKPB..

748

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa 3 buah negeri akan ditukarkan status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula 19 Mac ini.

Menurut sidang media yang diadakan sebentar tadi, negeri-negeri terbabit adalah Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Walaupun begitu, menurutnya terdapat beberapa daerah dalam negeri yang telah mendapat status PKPP ini masih lagi dikekalkan statusnya sebagai PKPB.

Antara daerah tersebut adalah Kuala Muda dan Kulim bagi negeri Kedah. Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here