Hilang Sejak Tsunami 2004, Lelaki Ini Dijumpai Selepas 17 Tahun Namun Keadaan Terkini Dirinya…

2780

Kejadian tsunami yang berlaku di Acheh, Indonesia pada 17 tahun lepas, pernah mengemparkan dunia dan masih diingati sehingga hari ini. Bahkan, seramai 150 ribu mangsa yang menjadi korban dalam insiden tersebut.

Bagaimanapun, menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Brimob Abrip Asep, yang dilaporkan hilang dalam insiden tersebut telah berjaya dijumpai masih hidup. Berita tentang penemuan lelaki ini juga, mendapat perhatian penduduk di sana.

Dijumpai di rumah sakit jiwa

 

Lelaki ini dijumpai di sebuah rumah sakit jiwa yang terletak di Aceh, walaupun keadaan mentalnya tidak lagi seperti dahulu, namun keadaan fizikalnya masih sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit lain. Difahamkan, lelaki ini merupakan orang Lampung, Kabupaten, Natar, Lampung Selatan.

Alhamdulillah, walaupun mengalami gangguan mental akibat bencana tsunami, tetapi keluarganya memanjatkan rasa syukur kerana Asep akhirnya ditemui masih hidup.

Jelas ahli keluarganya menerusi satu temu bual yang diadakan, mereka mengesahkan bahawa dia merupakan seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Aceh pada tahun 2004. Berita penemuan Asep diketahui selepas fotonya dikongsi kepada ahli keluarga yang lain.

Baru petang tadi dia mendapat tahu, dari komunikasi dilakukan ternyata ianya adalah Asep. Saya tidak mempercayainya, 17 tahun tidak ada berita dan kami menyangka bahawa dia sudah meninggal, tak tahu pula dia masih hidup.

Sumber: Tribun News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here