Izara Aishah persoal ramai Instafamous jadi pelakon

977

Tidak perlu dinafikan lagi kemunculan Instafamous yang tumbuh bagai cendawan di media sosial memiliki potensi untuk menarik perhatian pelbagai pihak.

Berikutan itu, pelakon Izara Aishah bingung apabila golongan tersebut semakin ramai menjadi pelakon memenuhi skrin penonton menerusi karya drama tempatan.

Menerusi laman Twitter, pemilik nama Izara Aishah Hisham itu mempersoal tindakan stesen TV yang berkemungkinan tiada bajet sehingga terpaksa memilih golongan berkenaan kerana bayaran lebih murah.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet disebabkan pandemik Covid-19 ke? soal pelakon berusia 29 tahun itu.

Posting berkenaan meraih lebih 15,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 9,000 kali selain pelbagai reaksi warganet mengenai perkara tersebut.

Rata-rata memberi pendapat bahawa pihak produksi boleh menjimatkan kos berbanding memilih pelakon yang sudah popular dalam industri kerana bayaran lebih mahal.

Selain itu, ada juga segelintir individu memberi pandangan bahawa Instafamous dijadikan sebagai ‘marketing’ sekali gus mudah menarik perhatian ramai termasuk pihak pengiklanan.

Terdahulu, Jodoh-Jodoh Annisa dan Ombak Rindu The Series antara drama terakhir lakonan Izara sekitar dua tahun lalu.

Sumber: Twitter @IzaraAishah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here