Wanita Ini Tak Sangka Bertunang Dengan ‘Crush’ Sejak 9 Tahun Lalu!

2531

Kalau dah jodoh, tak kemana. Itulah ungkapan pepatah yang sesuai ditujukan kepada sepasang bakal pengantin ini.

Siapa kita nak menidakkan kehendakNya, walaupun telah terpisah sejak tujuh tahun lalu, namun mereka diikatkan dalam satu ikatan pertunangan.

Menurut Nur Alya Saadin di laman Tiktoknya, dia menaruh harapan yang menggunung terhadap ‘crush’nya sejak 9 tahun lalu. Selama tujuh tahun terpisah tanpa khabar berita, namun mereka bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

“Terus berdoa dalam hati, kalau tak dapat dia, dapat muka dia pun tak apa”

Bibit-bibit cinta bermula selepas tujuh tahun…

Nak dijadikan cerita, pada tahun kelapan mereka ditemukan di majlis kakaknya. Tak sangka kakak Alya ambil ‘crush’ jadi jurufoto untuk perkahwinan.

Mulalah bibit mereka, tak bercinta macam pasangan lain tetapi dengan ikhlas hati encik tunangnya minta untuk halalkan hubungan terus.

Menjegah ke arah komen, rata-rata netizen turut gembira dengan kisah pasangan ini yang akhirnya bakal disatukan selepas lebih tujuh tahun terpisah tanpa khabar berita.

Sumber: Nuralyasaadin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here