Noor Nabila, Engku Emran Selamat Bernikah!

1896

Tanpa sebarang pengumuman rasmi, jauh sekali mengundang media untuk mengadakan liputan, pasangan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor mengakhiri tanda tanya hubungan mereka menerusi ikatan pernikahan.
Majlis ijab kabul pasangan berkenaan berlangsung di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sekitar pukul 10.02 pagi.

Astro Awani melaporkan, Noor Nabila, 36, merupakan kakak kepada usahawan dan selebriti tersohor, Neelofa memilih Engku Emran, 46, sebagai suaminya. Dalam hantaran Insta Story Neelofa, jelitawan itu memuat naik sedutan video Engku Emran dinikahkah oleh adik mereka, Mohamed Aqief Mohd Noor dengan hanya sekali lafaz.

Engku Emran juga menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan tiada sebarang dulang hantaran diberi dan dibalas kedua-dua mereka.

Pengantin baharu juga tidak memaklumkan sebarang jumlah hantaran. Sementara itu, portal Berita Harian yang memetik kenyataan Noor Nabila memaklumkan, majlis pernikahan itu berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Noor Nabila. Menurut Noor Nabila, dia hanya mengenali suaminya itu sekitar Ogos tahun lalu dan perkenalan bermula sebagai kawan biasa.

“Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” kata Noor Nabila yang turut menafikan dia dan Engku Emran pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, hubungannya dengan Engku Emran terjalin tanpa diduga. Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.

“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” ujar Noor Nabila seperti dilaporkan portal itu lagi. Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun pernikahan mereka hanya bertahan seketika. Hasil perkahwinan itu, Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Sementara Engku Emran pula pernah melalui dua perkahwinan sebelum ini. Pernikahan pertamanya dengan pelakon dan penyanyi masyhur, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Sementara perkahwinan kedua dengan artis dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella bertahan selama dua tahun,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here