Noor Nabila Doa Kehidupan Bersama Suami Kekal Hingga Jannah!

2286

Noor Nabila Doa Kehidupan Bersama Suami Kekal Hingga Jannah. Di Instagram, Noor Nabila memuat naik ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan buat dirinya dan suami iaitu Engku Emran.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk doa yang dititipkan buat saya dan suami, Engku Emran, atas berlangsungnya majlis pernikahan kami pagi tadi.

Menurut Nabila, dia berdoa semoga kehidupannya dengan suami melengkapi antara satu sama lain termasuk saling membahagiakan. Tambahnya, dia berharap ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati oleh Allah dan berkekalan hingga ke jannah.

Di Instagram Engku Emran turut memuat naik foto pertama bersama Nabila selepas mereka sah bergelar suami isteri. Menerusi kapsyen posting tersebut, Engku Emran telah menulis ‘Ayuh lakukan ini sayangku’. Di samping itu, tarikh 31 Januari 2021 yang ditulis oleh Engku Emran tersebut didakwa merupakan tarikh mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Sumber: Noor Nabila & Engku Emran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here