Malaysia Arah Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dari Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam!

2296

Wisma Putra semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia diperintahkan untuk meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam.

Ia susulan daripada kenyataan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik Wisma Putra di Twitter, Malaysia turut kesal dengan keputusan Korea Utara dan menganggap ia sebagai keputusan yang tidak mesra dan tidak konstruktif.

“Malaysia mempunyai hak untuk bertindak balas terhadap keputusan DPRK bagi melindungi kedaulatan dan menjaga kepentingan negara,” kata kenyataan itu.

Semalam, Korea Utara telah mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Negara itu mengatakan bahawa Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak dapat dimaafkan’ yang memaksa rakyat yang tidak bersalah ke Amerika Syarikat.

Sumber: Wisma Putra

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here