Resepi Nak Buat Jeruk Belimbing Buluh, Sedap!

872

Pasti ramai yang ada pokok belimbing buluh di halaman rumah tetapi tidak tahu nak buat apa dengan buahnya yang banyak. Selain diproses untuk membuat sambal, anda juga boleh membuat jeruk belimbing buluh.

Menerusi perkongsian Andak Ahmad di Facebook, dia menunjukkan cara-cara untuk membuat jeruk belimbing buluh tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Belimbing buluh dicuci (ikut korang la banyk mane), garam (aku pakai garam kasar), gula, cuka, asam boi (putih), cili.

* Kalau ikut resepi asal belimbing ni kene rendam dalam air garam semalaman tapi aku tak pakai air. Takut nanti belimbing lembik. So aku tabur je garam kasar setiap lapis belimbing. Nnti air belimbing akan kluar.

Selepas 12jam aku pusingkan belimbing bawah naik atas sebab mase ni belah bawah dah terendam air belimbing, belah atas kering. Gaul slow² supaya dia kecut sekata.

Selepas 24 jam korang akan nampak belimbing tu dah kuning kecut kalau berani try la ambik rase sebijik.. Korang akan rasa masam belimbing tu dah kurang dan ade rase masin. Ok siap part paling azab.

Pastu kite bole prepare air gula. Kalau ikut resepi asal dia suruh kita campak je gula 3-4 sudu dlm balang berisi air panas.. Tapi aku masak dulu air gula tu.. Lambat basi kalau pakai air gula yang dimasak.. Dan aku tak nak belimbing aku direndam pulak dlm air panas nanti dia lembik.. So air gula yang dimasak tu aku biarkan sejuk baru aku masukkan dalam balang berisi belimbing..

Lepas tu dalam balang tu korang tambah la asam boi ikut suke korang banyak mane. Masuk cili pon ikut suke korang la nak pedas mcmane. Jangan lupe tambah cuka dalam sesudu dua.

Lepas tu biarkan semalaman bagi sebati. Lepas semalaman baru korang bukak makan.

Sumber: Andak Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here