(Video) Rebah & ‘Pergi’ Ketika Mahu Sujud, Pemergian Imam Solat Jumaat Ini Dicemburui Ramai!

1884

Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu.

Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat.

Menurut kiriman tersebut, Allahyarham yang dikenali sebagai Imam Haji Hashim juga merupakan Timbalan Ketua Majlis Agama Islam itu.

Imam Haji Hashim ,Timbalan Ketua Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Sri Thammarat,Selatan Thailand,Imam Masjid Di Dairah…

Pun begitu, punca tidak diketahui.

Ramai yang ‘cemburu’ dengan kematian tersebut dan juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Sumber: Ustaz Hanafi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here