Amaran Ribut Petir Dijangka Landa 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

2300

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 4 dan 5 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 1:45 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

BERIKUT ADALAH ANTARA KAWASAN YANG DIJANGKA AKAN DILANDA RIBUT PETIR SEHINGGA PUKUL 4 PETANG INI:

PERLIS, KEDAH: (KUBANG PASU, POKOK SENA, PADANG TERAP, SIK DAN BALING), Perak: (Hulu Perak), Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Terengganu: (Besut dan Setiu), Pahang: (Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor: (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat), Johor: (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)

Bagi kawasan yang dijangka dibadai dengan ribut petir sehingga jam 5 petang pula adalah seperti berikut:

Negeri Sembilan: (Jempol dan Tampin), Melaka, Johor: (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak: Limbang (Lawas), Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkaan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Sumber: MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here