“Pernikahan Yang Paling Berkat Adalah Pernikahan Yang Paling Rendah Mahar Nya..”

1785

Semua orang pasti ingin mendirikan rumah tangga tapi dihimpit pula dengan masalah kewangan membuatkan ramai antara kita terpaksa melengahkan sesebuah ikatan yang halal. Sampaikan terpaksa bekerja keras dan kerja lebih masa (OT) untuk mendapatkan duit bagi melakukan segala persiapan perkahwinan.

Hadiah hantaran hanya dibeli di kedai Eco Rm2. Al Quran, telekung dan Kitab Fadhilat Amal semua tu guna yang dah beli lama dah, cincin pula guna cincin bertunang dulu.
Mas kahwin RM22.50 sahaja tapi dia beri lebih rm200.

Rasanya semua tu tak sampai rm500 pun. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Saya boleh sahaja nak demand minta duit hantaran 10k atau 15k tapi mahar yang rendah akan memudahkan sunnah.

Ada juga mulut mulut yang merendahkan suami saya beberapa hari sebelum pernikahan saya, pakai kereta macam besi buruk, selekeh, tak berharta, gaji murah yelah sebab ajar orang mengaji je pun, ada masa jadi bilal/imam di masjid. Saya tak peduli pun semua tu, saya pilih dia sebab Al Quran bukan kerana harta dan rupa. Bab rezeki tu Allah dah janjikan pada setiap yang mendirikan masjid.

Pernikahan yang paling barokah adalah pernikahan yang paling rendah mahar nya. Sepertimana zaman Rasulullah dan para sahabat cinta hingga ke syurga.

Ingat, kita nak bina masjid, bukan nak bina Taj Mahal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here