“Cantiknya Lofa…” – Majlis ‘Simple’ Tapi Tetap Nampak ‘Classy’!

1155

Teka teki mengenai tarikh perkahwinan pengacara terkenal, Noor Neelofa dan PU Riz akhirnya sudah terjawab. Pasangan tersebut telah sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai itu kelihatan sungguh indah, lebih-lebih lagi semua tetamu mengenakan busana bewarna putih.

Kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut hadir sama di majlis bersejarah di antara PU Riz dan Neelofa. PU Riz juga dilihat tenang dan tampan sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Di Instagram, rata-rata ahli keluarga Neelofa dan sahabat baiknya telah memuat naik foto mengenai majlis pernikahan yang sedang berlangsung. Kelihatan seluruh dewan turut dihiasi bunga bewarna putih seiring dengan tema yang dipilih oleh pasangan tersebut. Alunan zikir turut dipasang semasa perarakan masuk pengantin dan para tetamu ke dalam dewan.

Antara foto yang dikongsikan oleh keluarga Neelofa semasa majlis bakal berlangsung.

Sumber: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here