WhatsApp Web Bakal Hadir Tanpa Sambungan Telefon Pintar!

1280

Penggunaan WhatsApp dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dielakkan. Malah, kebanyakan dari kita juga sering menggunakan WhatsApp Web bagi memudahkan urusan.

Namun, kekurangan yang ada terhadap WhatsApp tidak lain tidak bukan adalah memerlukan sambungan dengan telefon pintar.

Ini adalah sangat berbeza berbanding Telegram Web yang mana pengguna perlu memasukkan kod yang diberikan, dan hanya sekali sahaja dilakukan jika pengguna tidak log keluar.

Selain itu, Telegram Web juga tidak memerlukan sambungan telefon. Misalnya, capaian internet telefon kurang memuaskan, pasti WhatsApp Web juga akan bermasalah.

Oleh itu, selepas ini WhatsApp bakal menawarkan penggunaan WhatsApp Web tanpa memerlukan sambungan dari telefon pintar.

Menurut WABetaInfo, WhatsApp membenarkan sehingga empat komputer untuk log masuk dengan akaun yang sama.

Ciri ini akan hadir buat semua pengguna iOS dan juga Android. Walau bagaimanapun, ia masih dalam versi percubaan beta dan mungkin akan tersedia buat semua pengguna tidak lama lagi.

Sumber: WAbetaInfo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here