3 Cara Untuk Merawat Mata Rabun Di Rumah, No.3 Paling Kena Buat!

1535

Masalah mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.

Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan membuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat mata rabun dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat

Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.

Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.

Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:

Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.

Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.
Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.

Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.

Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Lakukan senaman mata

Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal.

3. Dapatkan waktu rehat untuk mata

Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.

Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.

Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here