‘Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Yang Dikau Lalui’ – Erra Fazira

285

Di Instagram, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira, telah memuat naik satu video mengenai majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya iaitu Aleesya yang ke-12. Seperti ibu bapa yang lain, Erra turut memberi ucapan khas buat anaknya.

Selamat Hari Jadi Anakku. Genap 12 tahun dikau dilahirkan. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu. Ya Allah, terima kasih diatas anugerahMu. Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku.

Menurut Erra, kenangan sewaktu melahirkan Aleesya masih segar dalam ingatannya. Tambahnya, gugur segala kesakitan dan kepayahan saat pertama kali mereka berdua bertentang mata. Jelas Erra lagi, kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya sebagai seorang wanita.

Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleeysa. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan.

Bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran turut memuat naik foto dan ucapan istimewa buat Aleesya. Menurut Engku Emran, pelbagai cabaran dan ujian mereka anak beranak telah tempuhi bersama. Oleh itu, dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan yang abadi.

Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Sumber: Erra Fazira & Engku Emran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here