‘Public Figure’ Perlu Bagi Contoh Yang Baik Kan…

873

Berikutan kes Covid-19 yang masih mencecah empat angka, pelakon Fazura mengakui bimbang dengan situasi tersebut apatah lagi mempunyai anak kecil Nur Fatima Aisya yang baru mencecah usia enam bulan.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu cuba untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya sepanjang masa.

“Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah. Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan,” katanya.

Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu, dia yakin dengan usaha kerajaan dalam menangani wabak pandemik berkenaan setelah pelbagai pelaksanaan dilakukan sejak tahun lalu.

“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nanti banyak perkara yang akan terjejas. Tapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu,” ujarnya.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, ‘public figure’ juga memainkan peranan dengan memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP.

“Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik…

“…dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari jangkitan Covid-19,” katanya.

Sumber: Oi, Jom!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here