Bakal Menantu Rupanya Anak Yang Terpisah Lebih 20 Tahun!

830

Bagaikan drama, seorang wanita terkesima apabila mengetahui bakal menantu perempuannya adalah anak kandungnya yang terpisah suatu ketika dahulu.

Memetik Mothership.sg, kejadian itu berlaku ketika majlis perkahwinan anak lelakinya ada 31 Mac lalu di Suzhou, China.

Wanita tersebut dikatakan telah ternampak tanda lahir pada tangan pengantin perempuannya yang serupa dengan tangan anaknya yang pernah hilang.

Dengan rasa ingin tahu, wanita itu telah bertanya kepada besannya jika pengantin perempuan tersebut adalah anak angkat mereka, tulis Mothership.sg.

Terkejut dengan soalan itu, keluarga berkenaan kemudiannya mengesahkan hal sebenar yang tidak pernah mereka dedahkan kepada sesiapa.

Tambah Mothership.sg, keluarga itu mendakwa telah menjumpai seorang kanak-kanak perempuan di tepi jalan sekitar lebih kurang 20 tahun lalu sebelum mengambilnya sebagai anak angkat.

Pada masa yang sama, setelah bertahun-tahun usaha mencari anak yang hilang tidak berhasil, si ibu kandung telah mengambil seorang anak angkat lelaki untuk dipeliharanya.

Pertemuan yang tidak dijangka itu ternyata telah membuatkan pengantin perempuan gembira, sekaligus menganggap pertemuan semula dengan ibu bapa kandungnya adalah lebih menyeronokkan berbanding perkahwinan tersebut.

Pun begitu, perkahwinan itu tetap diteruskan berikutan kedua-dua pengantin tidak mempunyai pertalian darah antara satu sama lain, kongsi Mothership.sg.

Sumber: Mothership.sg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here