Anggota PDRM Akan Dilengkapi Dengan Kemudahan Kamera Badan Seawal September Ini!

433

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka akan dilengkapi peralatan kamera badan seawal September 2021, sebagai langkah untuk meningkatkan pekhidmatan dan integriti PDRM.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, PDRM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam fasa akhir perbincangan bagi mendapatkan lebih 2100 unit kamera badan, untuk dibekalkan seluruh negara.

Setiap balai polis daerah akan dibekalkan 12 unit kamera badan, yang berharga kira-kira RM13,800 untuk setiap unit. Peralatan ini akan digunakan oleh anggota PDRM ketika menjalankan rondaan atau operasi khas. Juga, ia akan dipakai bersama vest kalis peluru.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mac telah mengumumkan kelulusan dana sebanyak RM30 juta bagi pembelian kamera badan. Tambahnya, penggunaan kamera badan ini akan melindungi anggota polis dari tuduhan palsu yang dibuat oleh penjenayah atau individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here