Indonesia Sedia Penjara Berhantu Untuk Individu Ingkar Arahan Kuarantin!

412

Peningkatan kes positif Covid-19 di dunia semakin meningkat dan membimbangkan. Penularan tersebut juga dipercayai disebabkan pesakit positif tidak melakukan kuarantin kendiri dan dilihat masih berkeliaran. Malah, perkara ini turut terjadi di negara Indonesia yang turut mengundang kebimbangan ramai.

Oleh demikian, Datuk Bandar Madiun yang dikenali sebagai Maidi memaklumkan pihak kerajaan tempatan akan mengenakan hukuman tinggal bekas bangunan penjara tentera ‘berhantu’ untuk dikuarantinkan sekiranya mereka mengingkari perintah kerajaan.

Memetik laporan Detik News, mana-mana individu yang mengingkari arahan kerajaan akan dikenakan hukuman tinggal dalam bilik kuarantin yang disediakan oleh Kerajaan Bandar Madiun.

Difahamkan, bangunan yang akan dijadikan tempat kuarantin itu adalah bekas bangunan tentera dan terletak di Jalan Ahmad Yani. Bangunan tersebut juga kelihatan sangat menyeramkan!

Kerajaan Madiun akan mengikuti arahan pemerintah dan akan menempatkan individu yang melanggar arahan di tempat pengasingan yang merupakan bekas penjara yang berhantu.

Bangunan yang bakal menempatkan individu mengingkari arahan kerajaan itu merupakan penjara lama sejak pemerintahan Belanda. Bangunan tersebut juga menempatkan tahanan tentera pada suatu ketika dahulu. Ianya terletak bersebelahan dengan kompleks Gereja Katolik St. Cornelius di bandar Maidun.

Manakala, sebelum ini di bahagian sisi Jalan Pandan itu merupakan penjara bagi banduan sivil yang dianggap memberontak terhadap kerajaan. Kini, bekas bangunan tentera itu dilakukan operasi pembersihan bagi persediaan sebagai pusat kuarantin daerah.

Lebih menyeramkan lagi apabila penduduk berdekatan mengakui lokasi itu sangat berhantu dan menakutkan. Ini kerana mereka pernah terlihat kelibat entiti mistik iaitu pocong di sana.

Sumber: Detik News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here